Saturday, July 30, 2011

Two hearts, two bodies, two feelings and two countries....

Actually, I never know that I has relatives originated from the Philippines until I saw the family Silsilah on my side of my father. It stated that my blood is also related with the Philippino. I was shocked at first, so did my sister. After a long period of time, that story were silent until.......

'Guys, we have visitor from Manila and Pampanga. They are your dad side family..' my mom says. 'Huh..?' my sister wondering. 'Yes, they are your relatives too. Accept them and give your best serve to treat our guests. I already teach you all how to be polite to peoples right. So do not makes me shame with your manners!' my mom warned us. 



My cousins and my sisters welcomed them at the airport and the rest of us waiting at home while my dad still outside. They arrived. Twelve peoples totally. We greet and spin a yarn with them. They are so friendly and nice but they told us that Malay are more than polite and nice compare with them. I said that, all peoples are same but if we want to compare the human, it must be on individualistic character not by race or ethnic. They agree with me.

Its time to dinner, I saw that girl that so called 'far cousin' always looked at me. I am started felt uncomfortable. My sister noticed it, so did my brother. 
    .............................................................

We bring them to hang outside and we went to the city. My 'far cousin' started to approaching me and asked me to sit and stayed at the Palm Square Starbucks, and the rest went to window shopping nearest. It was two of us, nobody else. She spoke to me 'Kuya, I have to tell you something. In purpose we going here to visit your family, there is something gonna be happen. My family suggesting me to be your fiancee to tighten up our family relationship. Honestly, I am still confuse. I dont know how to tell you but I have no choice actually..' I saw her face were getting red. 'Actually, I just know it 2 weeks ago, when my mom make a joke with me but I dont know who is the person who gonna be my fiancee..' I tried to be honest in time I want her to be comfortable with me. She looked at me. So did I. Speechless.
  .............................................................

Uncle Romero Macapagal sat with my father and as ussual, cigarette is their 'cumpolsory' dessert after dinner. Start to talk about the history, talked about the Bolkiah, the Sulayman and Matanda. But suddenly when aunty Marian come, the topic was changed. Its all about the  family engagement plan.

I heard Hazel name and mine were always at the end of their lips. I looked at Hazel and she looked at me too. I can predicted her face. Confused as she said before.


 .............................................................

She sat alone at the cradle. I greeted her. She smile and invited me to sit with her. I just asked how bout our place, foods and so on. She responded me so well. Then I directly asked her about this relationship. She just smile and asked me to give my view first. 'Hazel, honestly. I am so afraid of love. I was fell down too many times. But this proposal was not come from me. Its our family. I do not know how can I dispose it. For them, the bloodlink is important. But how bout the heart?'

She smiled. 'Kuya, actually I dont know how to say as well. Obey or disobeyed our parents order is a dilemma for us. I admit that I am single, but I cant face love anymore. As you said, I am so afraid with love to. Our situation were same..' sigh. 'Do you have your soul partner now kuya?'

'I have not. But there are too many things I have to fix in my life. But it does not mean that I can accept love until I die but not for this time.'



'So do I. I think its better we learn to start to learn getting know each other. May be it will help. We start to be friends. Even you are my relatives, as my brother but we never met before. So what if we start it now? will you?'

'As your wish. As a friends.' I give my smile to her.

 .............................................................

The day they go back to Philippines, she cried and give a handwriting letter through my sister, Puteri. A short one. 'Dont you ever let them know what we had talked last day. If the fate I am the one who gonna be your princess, I will. Let this two hearts, two bodies, two feelings and two different countries become the history in our family. If God's will, nothing can change it. I rather be. Me, Hazel A. Macapagal will be remembering you always in every beat of my heart - Hazel Arabella Macapagal.'

I am speechless. Confused and empty until today, the day I wrote this words.




Wednesday, July 20, 2011

Where is the love?

I am still wondering..where is the love between us?

I asked to myself, what is the love actually?

Then I got the answer, LOVE is everywhere but it is harmful when you get involved with it when you are not well prepared?

Is it so? Hmm.. yes, maybe.. (my heart says)

So, it means I have to be careful.

But, what happen if your love was decided by the peoples around you, furthermore they are your family?

Then, you have to think wisely. Choose one of it, LOVE or FAMILY (my heart answer me)

But, these two things is related each other.

Ermmm.. I am sorry Sir, this time I dont have any answer for you (my heart replied me)

Its ok my heart. Even you dont have the answer for me, me too. I dont have any answer for it.

Well, good luck Sir! (my heart wish me)

I hope so 'my heart' :(  Its start bleeding.........




Sunday, July 17, 2011

Dilemma Sabah, Sarawak, Malaysia dulu, kini dan akan datang....

Untuk pertama kalinya selepas dua mini artikel dalam blog ini yang saya coretkan, kini 'bahasa kebangsaan' pula saya guna sebagai ganti alat komunikasi. Almaklumlah, nanti kita dikategorikan sebagai tidak patriotik seperti yang dilemparkan kepada rakyat Malaysia yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada Liverpool yang menentang HARIMAU MALAYA pada 16 Julai baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil. Namun apa yang saya ingin lakarkan disini adalah bukan strategi bolasepak HARIMAU MALAYA menentang Liverpool tapi sejarah tanah air mahupun sentimen yang masih wujud selepas 54 tahun Tanah Melayu merdeka dan 48 tahun Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Persekutuan Malaysia.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu 'back dated' (sejarah) walaupun semasa menuntut di universiti dulu memang banyak belajar mengenai sejarah, namun apa yang saya cuba sampaikan disini adalah realiti, bukan fantasi yang dibuat-buat umpama kartun Melayu berjudul Boboi Boy yang mempunyai kuasa halilintar dan sebagainya. Agak berat juga jari-jemari ini untuk menaip apa yang terbuku di hati, namun apakan daya, umpama 'jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..' jadi jika sudah pecah ruyungnya, mari kita berkongsi pula sagunya..silakan..silakan...

Ok anak-anak, sambil kita makan sagu atau dalam 'bahasa kebangsaan' kita adalah ambuyat, mari kita bercerita tentang bahasa kita. Sebenarnya bahasa kita ini dipanggil bahasa apa?

Saya masih hairan, adakah bahasa Melayu yang dikatakan sebagai bahasa jiwa bangsa? Tidak salah mempertikaikan jika ia bertujuan baik. Kasihan anak-anak kita di sekolah yang umumnya berbahasa Melayu tapi masih ada yang gagal dalam subjek ini lebih-lebih lagi anak Melayu tulen..ish..ish..ish..Kategorinya juga pandai bertukar-tukar, sekejap bahasa baku, sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Malaysia dan yang terkini bahasa kebangsaan. Bila ada orang kita yang 'berskiping english', nah mulalah mulut mencuih, tidak pun bibir 'biut' kata Melayu Brunei. Sedar atau tidak, mana bahasa Melayu tulen kita? yang kononnya diagung-agungkan sebagai bahasa jiwa bangsa ini? Sedangkan masih ada bahasa-bahasa Melayu yang berbeza-beza dikalangan bangsa Melayu itu sendiri..Jangan marah, saya ada buktinya. Nah, mari kita terbang ke Kelantan sekejap, andaikata anda orang Johor dan melancong ke Kelantan, adakah anda mampu berkecek Kelate dengan 'oghe kelate nun?'. Pendek kata, agak susah untuk kita terjumpa bahasa Melayu yang benar-benar asli di Semenanjung Tanah Melayu. Kenapa? Cuba perhatikan betul-betul dari utara hingga ke selatan, mana negeri yang betul-betul Melayu nya asli? :)

Benar, salah satu tandanya sifat patriotik itu adalah dari bahasanya. Tapi janganlah kita lalu hingga tak pandang dengan lingua franca dunia hari ini. Sehingga dikatakan pengkhianat bangsa jika belajar bahasa Inggeris.Taksub sungguh ya..Cuba kita lihat ejaan bahasa Melayu hari ini yang diubahsuai, nya menjadi 'nyer', tiada menjadi 'takde' dan macam-macam lagi lah. Tapi bila bangsa lain yang berkata demikian, bangkitlah pula para hulubalang-hulubalang Melayu ni yang menuduh bangsa ini dan itu mempersendakan bahasa Melayu sedangkan bangsa mereka sendiri yang mengotori bahasa sendiri tidak pula mereka sedari. Itu belum lagi bahasa Indonesia yang 'diMalaysiakan'..hehehe

Mari kita lihat pula konteks, Sabah dan Sarawak. Adakah bahasa Melayu ini menjadi bahasa rasmi ataupun bahasa pertuturan di kedua negeri ini? TIDAK. Kenapa? Mari kita lihat sejarahnya. Sabah tidak mempunyai bangsa Melayu pun kecuali Melayu-Brunei yang minoriti. Bila ia menjadi minoriti, adakah bahasa Melayu-Brunei itu digunapakai oleh semua orang? TIDAK. Bagaimana pula dengan Sarawak? Ya, Sarawak ada bangsa Melayu, tapi adakah bahasa Melayu Sarawak itu sama dengan bahasa Melayu semenanjung? TIDAK. Jangan marah :) ini fakta. Walaupun terdapat sedikit persamaan tapi tidak semua perkataan boleh digunakan apatah lagi ejaan dan pertuturan. Sabah dan Sarawak punya hak untuk menentukan hala tuju, tapi nampaknya hala tuju itu terhakis sedikit demi sedikit atas dasar nasionalisasi. Buktinya? nah, mari kita lihat Perkara 2 dalam Tuntutan 20 Perkara untuk Sabah dan 18 untuk Sarawak yang menyatakan 'Malay should be the national language for federation. English should be an official language of North Borneo (Sabah) for all purposes, State or Federal, without limitation of time.' Itulah buktinya, kalau bukan kerana dasar nasionalisasi, sudah maju bahasa orang-orang Sabah dan Sarawak yang mereka gelarkan orang hutan ini. Jadi, siapa pula yang bertanggungjawab menukar bahasa Inggeris di Sabah dan Sarawak? yang kononnya untuk menyatukan rakyat sedangkan mereka sendiri mengotori bahasa mereka sendiri. Bila kita berkomunikasi dengan mereka, diketawakan pula kita sedangkan sebutan (pronounce) kita ini memang asli seperti dalam perkataan yang ditulis. Tidak pernah kita menghukum bahasa yang kita tuturkan melainkan ada juga manusia-manusia tidak tahu membaca yang mana perkataan 'saya' ditukarkan pula kepada 'saye'. Syabas! :)

Sememangnya pada waktu sebelum penggabungan dan awal penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu, orang-orang Borneo ini fasih berbahasa Inggeris. Apatah tidak, sekolah rendah mahupun menengah pada waktu itu berbahasakan Inggeris. Kenapa Inggeris? maklumlah, suku kaum di kedua-dua negeri ini terlalu banyak, jadi bahasa kebangsaan tidak wujud. Kiranya adil digunakan untuk semua kaum. Jika diteruskan, maka tidak mustahil 'orang hutan Borneo' ini fasih berbahasa Inggeris sehingga kini. Bukan macam hari ini, ada sesetengah pihak berkata, guna bahasa Inggeris boleh jadi murtad. Lihatlah apa yang jadi kepada anak bangsa, ramai yang ada ijazah tapi bila terjumpa pelancong tepi jalan pandai pula melencong takut terserempak atau ditanya arah jalan. Kerana itu juga, graduan-graduan Melayu paling banyak dalam statistik yang belum punya pekerjaan sehingga kini? Kenapa? Kerana bila ditemu duga dalam bahasa Inggeris, terkebil-kebil, tersipu-sipu..tidak tahu mahu jawab macamana. Kenapa? Kerana Bahasa Jiwa Bangsa :)

Inilah 50% negara Malaysia. Yang disebut Sabah dan Sarawak tapi jarang pula disebut 'Malaysia Timur'.

Hak yang semakin hilang adalah sistem pendidikan Sabah dan Sarawak seperti yang tercatat dalam Perkara 15 Tuntutan Sabah dan Sarawak iaitu 'The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be UNDER STATE CONTROL' dan pada hari ini siapa yang menentukan? Kerajaan Persekutuan atau Negeri? ini adalah semua dasar nasionalisasi. Ada juga baiknya jika ia ditentukan oleh kerajaan Persekutuan tapi janganlah sampai menidakkan hak ataupun kemahuan kita :( Kenapa saya katakan demikian, lihatlah subjek sejarah. Banyak versi yang hilang. Sungguh menyedihkan. Ingin dipanjang lebar pun tidak ada gunanya. Tunggulah bila bom jangka sudah hampir waktu detiknya. Kita lihat, apa yang terjadi.


Sabah bergabung dengan Malaysia 16 September 1963. Haruskah Sabah dan Sarawak menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos setiap tahun sedangkan hari itu adalah hanya untuk Tanah Melayu? Namun atas dasar kesamarataan yang kita korbankan, kita 'layan' hari merdeka Tanah Melayu.

Ini yang paling penting, bila istilah dimanipulasikan. Istilah apa itu ya? istilah Sabah dan Sarawak masuk Malaysia. Maafkan saya, rakyat Sabah dan Sarawak tidak pernah menyatakan hasrat ingin 'masuk' Malaysia. sehinggalah Suruhanjaya Cobbold datang ke Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 yang diketuai oleh Lord Cameron Cobbold. Istilah ini dimomok kan kepada generasi muda sehingga saya geram bila mendengar, 'rupanya Sabah dan Sarawak masuk Malaysia...' Gggggrr...tidak pernah kita ingin masuk Malaysia tapi dijemput oleh Tunku Abdul Rahman ketika beliau minum petang di sebuah hotel di Singapura. Istilah 'masuk' dan 'menyertai' ini perlu diperbetulkan. Bukan MASUK tapi BERGABUNG untuk membentuk satu persekutuan yang dipanggil Malaysia. Tapi selepas bergabung, apa yang Sabah dan Sarawak dapat? Adakah pembangunan seimbang? sama seperti di Tanah Melayu? Bagaimana pula dengan nisbah 5%-95%? 

Inilah hakikatnya. Tapi tidak ramai yang tahu.

Baru-baru ini rakyat Sabah dan Sarawak terguris lagi tapi tidaklah terluka. Kerana apa? kerana istilah bolasepak negara yang digelar-gelar 'Harimau Malaya'. Sabah dan Sarawak tidak ada harimau? Jangankan harimau, sebut saja binatang apa. Harimau pendek tidak ada belang dan bertaring lagi kita ada. Jangan main-main. Bukannya apa, terdengar juga suara-suara dari Malaysia Timur yang mencadangkan agar ditukar istilah itu kepada 'Harimau Malaysia' kerana terasa sungguh orang-orang Malaysia yang tinggal di Malaysia Timur dengan gelaran sebegitu. Sudahlah dalam skuad kebangsaan wakil negeri-negeri Malaysia Timur tidak terpilih, namun itu boleh lagi dipertimbangkan kerana mungkin mereka tidak punya kriteria seperti yang Datuk Rajagobal inginkan tapi nama skuad itu tambah mengguriskan lagi hati yang sudah sekian lama terguris ini.

Bila kedengaran cadangan sebegitu, orang-orang Malaya ini bangkit mengatakan bahawa gelaran itu sudah sekian lama semenjak zaman Super Mokh lagi (Mokhtar Dahari). Nah, ini kah dasar nasionalisasi yang dilaungkan oleh mereka? Hak kita mereka rampas, sekarang kita pula ditolak mentah-mentah? Kalau 48 tahun dulu mereka sanggup menukar nama dari Tanah MELAYU kepada Malaysia yang melibatkan urusan negara yang bukan calang-calang, kenapa tidak untuk menukar nama skuad bola sepak kepada 'Malaysia' sekali lagi? Mana dasar nasionalisasi? Kalau 'Harimau Malaya' itu tidak ditukar, maka skuad itu hanya milik mereka sampai bila-bila dan Sabah dan Sarawak ini bukan sebahagian Malaysia lagi. Kasihan...

Malaya ja ada harimau, Borneo tidak ada, yang kita ada hanya Badak dan Bujang Senang ja :(

Dengan sedikit pengetahuan ini, bolehlah kita berkongsi sedikit ilmu. Adakalanya kebenaran itu pahit tapi adakalanya sangat manis. Berkata buruk tidak semestinya menentang tapi hanya untuk membuka mata yang hampir lena ditiup bayu sepoi-sepoi Laut China Selatan. Tidak ada maksud di hati ini untuk melawan tapi hanya sekadar bermuhasabah. Bukan juga menyalahkan orang-orang di sebelah sana kerana masih ramai juga rakan taulan yang asalnya dari tempat itu. Tidak berniat dihati untuk mengkritik sesiapa kerana setiap kebenaran itu sememangnya fakta yang tidak boleh diubah. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berharap agar sentimen ini tidak lagi wujud kerana Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini umpama abang sulung, adik tengah dan adik bongsu yang masing-masing punya peranan untuk bergantung harap satu sama lain.

Benarkah?

Tidak perlu risau, saya berani nyatakan bahawa saya adalah penyokong kerajaan. Apa yang saya coretkan di atas itu adalah luahan hati seorang rakyat Borneo (itu baru seorang, belum lagi jutaan yang lain). Hujah saya itu bukanlah isu pembangkang, jadi kepada pihak-pihak tertentu, jagalah orang-orang seperti saya (sebenarnya bukan saya saja, ramai lagi yang lain) agar tidak terjadi penghijrahan ke arah demokrasi sendiri. (istilah ini hanya orang belajar politik ja yang tau) hehehe..

Jika kita masih boleh menerima dan berkorban untuk perkataan MALAYsia itu sebagai sebuah negara walaupun nisbah kita hampir sama, kenapa mereka sangat keberatan untuk mengubah 'Harimau MALAYA' itu untuk dikongsi dengan orang bukan MALAYA. 

Jadi, fikir-fikirkanlah.. :) Selamat menjamu ambuyat!